Tuesday, January 12, 2010

Januari....kenangan lalu dan harapan baru

Januari, bermulanya sebuah perjalanan. Mcm kata laila (uitm-jumpa ms RoVisP '09), PhD ni sebenarnya "perjalanan harungi dugaan". Entahlah aku pun x pasti. Sepatah kata kawan aku kat MFI dulu, buat PhD serupalah mcm ko meletakkan batu besar atas kepala ko, samada ko sanggup ataupun tidak.

As for me aku seronok bila dapat cuti belajar (CB) ni, YEpi!!! seronoknya dpt CB sbb CB ni atas inisiatidf sendiri manage masa. Enthusiasm & spirit tgh mengunung ni... So x payah tertekan dgn keje yg punya date lain yg x henti2 tu. Celaru betul aku ms keje hari tu, mgmt kena buat, tugas hakiki kena buat, research lagi, date line ntah apa2. Arghh... semua dah berlalu, yg pasti thn ni aku buka lembaran baru. Thn lepas aku dah cuba perbaiki kelemahan yg dicatatkan oleh "mrk2" di sana. Entahlah bg aku, aku dah cuba yg terbaik tp terpulanglah pd "mrk2" utk menilainya. Apun aku cuba melepaskan & membuat penyerahan tugas seperti yg sepatutnya tp kalau "mrk2" merasakan aku masih x mencapai KPI "mrk" terpulang, sekurang2nya aku bukanlah penyebab KPI mrk2 thn lepas x tercapai kan???

Januari dah pun melangkaui disember yg sibuk, conference, pindah rumah, kemas rumah ntahlah. Paling sian hubby aku, dgn tugas hakiki di tempat keje, angkat brg pindah ke-2 rumah (krubong n Bangi) pastu tolong kemas rumah kat bangi, ulang-alik Bangi Melaka, nak tengok mak mertua aku yg sakit di Alor Setar. Sian Abg!! Anyway tima kasih sayang.... Semoga abg mampu menjadi suami, abah, pekerja dan anak yg baik insyallah. Tuhan itu Maha Mengetahui. DIA lebih mengetahui setiap tindakan kita. Doa dan usaha saje yang terbaik kerna DIA maha ADIL dan BIJAKSANA.

Perjalanan ini baru bermula... dgn niat yg tlh kupsg sewaktu mula menjejakkan kaki di sini, diringi doa yg x pernah kunjung padam, semangat juang yg mengunung yg kukumpul dari insan sekeliling, keluarga dan rakan2 semoga perjalanan ini dipermudahkan utk mencipta gemilang ms depan... insyallah. Amin

No comments:

Post a Comment