Monday, February 28, 2011

Besday Aufa



8 Febuari, Masa besday aufa kami semua baru balik dari family trip di Cameron Higland, semua masih keletihan. Family izan, hanif n zaki dah balik jb, so... tinggal mak n ayah yg masih berada di rumah. Memang xde cadang nak ke mana2. Cuma mak toknya dah masak special utk hari ni, nasi tomato dan ayam masak merah. lupa pulak aku nak ambil gambar. Petang adik nana n family datang bawa kek dari putrajaya. Kek "Upin & Ipin" seronok bukan main aufa. Kami sambut kat rumah aje serba sederhana... tp oklah kan?? Hadiah Aufa kami postpone sementara, nantilah klu ada masa kita beli.. insyallah dlm sehari dua lagi.

Keesokan harinya kami peruntukkan sedikit masa utk beli hadiahnya di Toy'r us. Gelap mana dia x tahu nak pilih hadiah apa... at last nilah hadiahnya...






Apapun selamat hari lahir sayang..., semoga Aufa menjadi anak solehah dan cemerlang dunia dan akhirat. Ummi, abah, kakak dan semua orang sayang sgt kat adik tau!!!

Tuesday, February 22, 2011

saman tembak dan cara hidup rakyat kita

Saman tembak atau lebih dikenali dengan speed trap bukanlah perkara baru di Malaysia. Baru-baru ni kerajaan mewartakan di media massa kompaun akan dinaikan sehingga RM400 untuk satu saman sekiranya lambat bayar. Kadang2 aku terfikir kenapa perlu naikkan, yang dah ada pun kadang2 orang ramai x boleh nak settlekan lagi??? Apakah kerajaan Malaysia sekarang ni kurang duit sebab tu kena kutip labih banyak lagi duit rakyat??? X pun budget negara asyik lari untuk budget piliharaya kecil di Kerdau, Merlimau atau pun Sabah dan Sarawak. Memang bisa dan sinis bunyinya tapi itulah hakikat kita sebagai rakyat Malaysia yang selalu di katakan telah banyak mendapat subsidi kerajaan.

Aku terfikir cara hidup sekarang ni. Kebanyakan rakyat terlebih sekali orang melayu yang menetap di selangor dan lembah kelang hidup masih pada paras cukup-cukup jek. Cukup makan, cukup pakai, bolehlah nak makan itu ni lebih2 xdelah. Kalau nak beli rumah yang murah sikit kena jauh dari tempat keje contohnya keje kat Shah Alam, duduk kat Semenyih atau Rawang. Takpun keje kat KL, rumah kat nilai atau seremban. Kalau nak diikutkan berulang alik ke tempat kerja setiap hati jek tol n minyak dah berapa? Tu belum lagi tetiba kena saman tembak yang entah kat mana2 jek....

Saman tembak memang perkara biasa. Tapi cuba kita letakkan diri kita dalam cara hidup mereka yang selalu berulang alik dari suatu destinasi ke destinasi yang agak jauh. Samada kedudukan tempat tinggal dan tempat kerja yang jauh ataupun mereka yang menjadi pasangan weekend family. Imaginelah badan dah penat buat keje, tentulah kalau boleh kita selalu nak cepat sampai, cepat jumpa familu. Nak elak trafik jem ikutlah lebuhraya bertol... mana kena bayar tol lagi??? Masih nak cepat tekan minyak lebih sikit dengan niat supaya kereta laju, cepat sampai n cepat dapat berehat tapi... selang sebulan dua surat cinta dari pdrm sampai... geram! geram!.... Entahlah Malaysiaku tercinta bilalah ini semua akan berakhir dan nasib rakyat sendiri akan terbela.

Selalunya mereka yang kena saman ni adalah mereka yang selalu drive unutk long distance. Teringat aku masa dok kat Newcastle, UK dulu, driving dari Newcastle sampai Southampton, jgnkan kata saman... tol pun xde, minyak pun 0.95p/ liter. Ada sekali tu member aku pi New Zealand, kena saman sbb bawa kereta di bawah had laju 120km/jm. Kat singapura pun sama kat expressway diaorang kena speed melebihi 120km/jam tapi kat Malaysia drive kat lebuhraya lebih 110km/jam pulak kena saman!!! Nak suruh orang drive kete 100km/jam dari selatan ke utara ke??? Tu yang ngantuk tu....kemalangan pun meningkat. Bawa laju sikit kena saman... hai entahlah.

Teringat aku kata-kata dari seorang prof dari salah sebuah universiti tempatan dulu... "Kalau dah buat undang-undang memandu di lebuhraya kita tidak boleh melebih 120km/jam buat apa jual kereta mahal2 dan speed meter sampai 220km/jam. Lebih baik buat satu undang-undang kat Malaysia ni setiap kereta yang hendak dijual di Malaysia speed meterlah hanya sehingga 110km/jam sahaja so... engkau tekanlah minyak camanapun kereta tu boleh pegi sampai 110km/jam jek... fikir-fikirkanlah...

Wednesday, February 16, 2011

Deposit dan TTPM

Tribunal Tuntutan Pengguna M'sia, namanya pun sahaja dah memihak pd pengguna. 25 Januari yang lepas aku n hubby ke TTPM di Shah Alam lwn kes dengan Watan Motor Sdn. Bhd. Tujuan kes satu jek... nak dapatkan balik duit deposit pembelian kereta AP kami yang kami batalkan Jun 2010 lepas. Mungkin bagi setengah orang tuntutan kami tu sikit jek... tp bg aku n hubby duit tuntutan tu boleh bayar estima untuk 2 bln beb! Plus moga peniaga kereta (specilally chinese ni) x senang2 jek nak perbodohkan pembeli macam kami ni. Klu sorang 5k, x 10 org yg CANCELKAN pembelian.... sykt kete buta2 jekleh dapat 50K banyak cantik!!!

Dipendekkan cerita, on that day, kami smp dlm kol 9pg di SA. Biasanya pagi2 memang byk urusan, siapkan anak pi sekolah, hantar anak dsb so nak cepat2 pun smp dlm kol 9pg gak. Memandangkan aku n hubby x bersarapan + wakil penentang dari Watan baru nk mengisi borang tuntutan, kami makan kat gerai depan Plaza Masallam. Setelah kes pertama selesai br kami masuk, ikut turutan kami kes ke 5. Oklah memang kami dh budget pun urusan ni akan tamat sblm tengahari. Hubby pun ambil cuti hari ni.

Sebahagian dari kes adalah tuntuan deposit pembeli terhadap pihak bank sebanyak RM8000++lah, dlm kes ni presiden/hakim TTPM menyatakan bahawa bank tiada clause bahawa deposit pembeli tidak boleh dipulangkan. Bank cuba pertahankan, tp hakim kata clause yg ada dlm perjanjian bank very cluody, menggunakan bhs inggeris yg banyak sehingga mengelirukan pembeli. Kes ditunda 7 hari sehingga bank dpt membuktikan bhw clause deposit pembeli itu boleh diambil dapat dibuktikan. Dari situ tu aje aku n hubby dah senyum.... ada chan kami menang ni!!! Satu lagi kes info baru untuk kami adalah tuntutan seorang OKU terhadap alat ganti dr nissan service. Baru aku tahu... kenapa kete aku masih berbunyi selepas accident pada 2006 walaupun claim nissan pada pihak insurans mencecah RM16K. Kalau aku tahu pasal TTPM ni mesti aku leh dpt balik claim kete aku tu, x pun nissan sentra aku xdelah berbunyi mcm org patah tengkuk setiap kali belok hingga sekarang ni. Sabar ajelah... Asyik jd pengulas kes... aku n hubby siap kena sign warnign tolong senyap dari SU hakim..hihi

Sampai turn kami, hubby aku minta peluang dr hakim agar kami menjelaskan kronologi kes terlebih dahulu sblm penentang buka mulut. Then, hakim bg peluang penentang kemukan hujah, dia confident jek leh menang kan... Hakim tanya dia lagi, ada apa2 u nak cakap lagi? Pihak penentnag mengeleng. So hakim tanya senang jek "apasal u ambil duit org x mahu pulang??? berulang-ulang... itu duit orang, brg xde dapat kan??... Setelah diam seketika..., hakim bersuara dengan kuasa yang ada pada saya memerintah pihak Watan Motor Sdn Bhd membayar sebanyak RMXXXX kepada pihak penuntut dalam tempoh 14 hari atau waran tangkap akan dikeluarkan selepas itu sekiranya terdapat aduan tuntutan ini tidak dibayar. Sila tunggu untuk ambil award di kaunter.... Alhamdulilah kami menang kes ni... lepas duit estima 2 bln... Alhamdulilah... tulah pihak penentang hari tu bukan main cakap besar lg...

Moral of the story utk orang diluar sana, TTPM ni memang byk memihak kepada pengguna. So klu setakat korang bayar deposit untuk beli rumah, kete atau apa saja selagi tiada hitam putih dalam perjanjian duit itu boleh "burn", korang masih layak untuk dapatkan duit tu... Bank yg ada kontrak boleh kalah inikan pula peniaga biasa yang x pernah ada kontrak jual beli... So pada mana2 pengguna yg rasa dianayai atau teranaya tu boleh mencuba nasib di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia. Insyallah.... x sia2 sku n hubby bercuti n buang masa 2x pi SA ni. Tuntutan kami berjaya... alhamdulilah syukur dpt duit terpijak... Permulaan 2011 yg baik buat kami insyallah... moga terus baik dan cemerlang sepanjang tahun ini....Amin