Tuesday, February 22, 2011

saman tembak dan cara hidup rakyat kita

Saman tembak atau lebih dikenali dengan speed trap bukanlah perkara baru di Malaysia. Baru-baru ni kerajaan mewartakan di media massa kompaun akan dinaikan sehingga RM400 untuk satu saman sekiranya lambat bayar. Kadang2 aku terfikir kenapa perlu naikkan, yang dah ada pun kadang2 orang ramai x boleh nak settlekan lagi??? Apakah kerajaan Malaysia sekarang ni kurang duit sebab tu kena kutip labih banyak lagi duit rakyat??? X pun budget negara asyik lari untuk budget piliharaya kecil di Kerdau, Merlimau atau pun Sabah dan Sarawak. Memang bisa dan sinis bunyinya tapi itulah hakikat kita sebagai rakyat Malaysia yang selalu di katakan telah banyak mendapat subsidi kerajaan.

Aku terfikir cara hidup sekarang ni. Kebanyakan rakyat terlebih sekali orang melayu yang menetap di selangor dan lembah kelang hidup masih pada paras cukup-cukup jek. Cukup makan, cukup pakai, bolehlah nak makan itu ni lebih2 xdelah. Kalau nak beli rumah yang murah sikit kena jauh dari tempat keje contohnya keje kat Shah Alam, duduk kat Semenyih atau Rawang. Takpun keje kat KL, rumah kat nilai atau seremban. Kalau nak diikutkan berulang alik ke tempat kerja setiap hati jek tol n minyak dah berapa? Tu belum lagi tetiba kena saman tembak yang entah kat mana2 jek....

Saman tembak memang perkara biasa. Tapi cuba kita letakkan diri kita dalam cara hidup mereka yang selalu berulang alik dari suatu destinasi ke destinasi yang agak jauh. Samada kedudukan tempat tinggal dan tempat kerja yang jauh ataupun mereka yang menjadi pasangan weekend family. Imaginelah badan dah penat buat keje, tentulah kalau boleh kita selalu nak cepat sampai, cepat jumpa familu. Nak elak trafik jem ikutlah lebuhraya bertol... mana kena bayar tol lagi??? Masih nak cepat tekan minyak lebih sikit dengan niat supaya kereta laju, cepat sampai n cepat dapat berehat tapi... selang sebulan dua surat cinta dari pdrm sampai... geram! geram!.... Entahlah Malaysiaku tercinta bilalah ini semua akan berakhir dan nasib rakyat sendiri akan terbela.

Selalunya mereka yang kena saman ni adalah mereka yang selalu drive unutk long distance. Teringat aku masa dok kat Newcastle, UK dulu, driving dari Newcastle sampai Southampton, jgnkan kata saman... tol pun xde, minyak pun 0.95p/ liter. Ada sekali tu member aku pi New Zealand, kena saman sbb bawa kereta di bawah had laju 120km/jm. Kat singapura pun sama kat expressway diaorang kena speed melebihi 120km/jam tapi kat Malaysia drive kat lebuhraya lebih 110km/jam pulak kena saman!!! Nak suruh orang drive kete 100km/jam dari selatan ke utara ke??? Tu yang ngantuk tu....kemalangan pun meningkat. Bawa laju sikit kena saman... hai entahlah.

Teringat aku kata-kata dari seorang prof dari salah sebuah universiti tempatan dulu... "Kalau dah buat undang-undang memandu di lebuhraya kita tidak boleh melebih 120km/jam buat apa jual kereta mahal2 dan speed meter sampai 220km/jam. Lebih baik buat satu undang-undang kat Malaysia ni setiap kereta yang hendak dijual di Malaysia speed meterlah hanya sehingga 110km/jam sahaja so... engkau tekanlah minyak camanapun kereta tu boleh pegi sampai 110km/jam jek... fikir-fikirkanlah...

1 comment:

  1. Sekarang petrol £1.28/liter. Jgn lupa kt Birm ada tol. Tyne tunnel pun ada tol jugak.

    ReplyDelete