Kecewa, gembira, sedih, bahagia adalah lumrah kehidupan. Sudah menjadi fitrah setiap insan akan melalui dan merasainya...
HAMPA, 5 huruf dlm satu perkataan, punya makna yg besar, dari sudut aura peribadi ia adalah suatu sifat yang peribadi yang negatif. Dari segi fizikal ia boleh membuat seseorang tu merasa tertekan dan yang paling teruk boleh menyebabkan seseorang membuat perkara diluar dugaan. Sebagai seorang muslimin perkara yang tidak diingini perlulah dielakkan dan dijauhi. muhasabah diri, terima qada dan qadar Allah, redha dengan setiap yang berlaku. Semunya macam mudah tapi untuk melaksanakannya adalah untuk orang-orang yang sabar. Sabar menerima ketentuan ALLAH, jgn mudah kecewa dan hampa dengan setiap yang berlaku.
Aku sendiri kadang-kadang merasa kecewa dan hampa dgn apa yag terjadi tapi apa boleh buat semuanya kehendak Allah... redhakan ajelah pasti ada hikmah disebaliknya nanti,
Saturday, November 27, 2010
Tuesday, October 19, 2010
Dah lama....
Dah lama x menulis kat sini, sibuk sikit plus lupa pswd utk log in ke blog sendiri so camana nak update. Since sibuk dgn keje2 study, semuanya aku tangguhkan sementara... Hari ni setelah 6 bln berlalu sedikit idea dtg utk menulis.
Biasalah bila dah lama bercuti semua celaru. Aku confirm tajuk pd akhir Mei, then bln Jun hingga awal Sep sibuk familiarkan diri dgn software & tutorial yg nak digunakan. Byk sangat masalah, license... comp hang, stuck..., cuti raya, seminar, submit paper, mcm2... sesekali balik ke fundamental. Gitulah resam belajar...

Monday, April 19, 2010
Hikmah...
Setiap sesuatu yg berlaku ada hikmahnya. Kekecewaan aku suatu ketika dulu kini mula menyerlahkan hikmahnya satu persatu. Benarlah kalam Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 216 : "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui..."
Alhamdulilah, setakat ini aku dapat penyelia yang banyak membantu. Teman-teman "pool" yang sama... Bila kalut dan buntu minta saje bantuan mereka insyallah setakat ini bantuannya tidak pernah mengecewakan...
Febuari... aku kehilangan antara insan yang sangat beerti dalam hidup setiap anak. Al fatihah buat Ibu mertuaku pergi buat selamanya menyahut seruan ilahi. Itulah antara hikmah terbesar yang aku tempuhi dalam meniti perjalanan PhD ini.....
Hari ini anak2 kena demam campak berair.... terpaksa ku tangguhkan niat untuk ke kampus. Entah apa lagi selepas ini, moga diri ini terus tabah melalui semua ini demi sebuah pencarian secebis ilmu Allah yang insyallah perlu aku manfaat untuk semua selepas tamat nanti. Moga perjalanan ini dipermudahkan, diredhai dan mendapat limpahan kasih Allah hendaknya.... Amin

Tuesday, January 12, 2010
Januari....kenangan lalu dan harapan baru
Januari, bermulanya sebuah perjalanan. Mcm kata laila (uitm-jumpa ms RoVisP '09), PhD ni sebenarnya "perjalanan harungi dugaan". Entahlah aku pun x pasti. Sepatah kata kawan aku kat MFI dulu, buat PhD serupalah mcm ko meletakkan batu besar atas kepala ko, samada ko sanggup ataupun tidak.
As for me aku seronok bila dapat cuti belajar (CB) ni, YEpi!!! seronoknya dpt CB sbb CB ni atas inisiatidf sendiri manage masa. Enthusiasm & spirit tgh mengunung ni... So x payah tertekan dgn keje yg punya date lain yg x henti2 tu. Celaru betul aku ms keje hari tu, mgmt kena buat, tugas hakiki kena buat, research lagi, date line ntah apa2. Arghh... semua dah berlalu, yg pasti thn ni aku buka lembaran baru. Thn lepas aku dah cuba perbaiki kelemahan yg dicatatkan oleh "mrk2" di sana. Entahlah bg aku, aku dah cuba yg terbaik tp terpulanglah pd "mrk2" utk menilainya. Apun aku cuba melepaskan & membuat penyerahan tugas seperti yg sepatutnya tp kalau "mrk2" merasakan aku masih x mencapai KPI "mrk" terpulang, sekurang2nya aku bukanlah penyebab KPI mrk2 thn lepas x tercapai kan???
Januari dah pun melangkaui disember yg sibuk, conference, pindah rumah, kemas rumah ntahlah. Paling sian hubby aku, dgn tugas hakiki di tempat keje, angkat brg pindah ke-2 rumah (krubong n Bangi) pastu tolong kemas rumah kat bangi, ulang-alik Bangi Melaka, nak tengok mak mertua aku yg sakit di Alor Setar. Sian Abg!! Anyway tima kasih sayang.... Semoga abg mampu menjadi suami, abah, pekerja dan anak yg baik insyallah. Tuhan itu Maha Mengetahui. DIA lebih mengetahui setiap tindakan kita. Doa dan usaha saje yang terbaik kerna DIA maha ADIL dan BIJAKSANA.
Perjalanan ini baru bermula... dgn niat yg tlh kupsg sewaktu mula menjejakkan kaki di sini, diringi doa yg x pernah kunjung padam, semangat juang yg mengunung yg kukumpul dari insan sekeliling, keluarga dan rakan2 semoga perjalanan ini dipermudahkan utk mencipta gemilang ms depan... insyallah. Amin

Tuesday, November 24, 2009
November yang sibuk....
Lama gak tak menulis dalam blog ni. Almaklumlah baru cuba2 menulis. Bz dgn keje2 di fakulti. Awal minggu Nov (2-7) bz dgn dgn bengkel LI dgn studnet yg nak pi LI. Pening palo den +- 20 org student BENC x dpt tempat plus bz dgn perjumpaan std PA. Mkn2 (nasi ayam jek) + besday auni, buat kak BK9 jek.... saje bagi bebudak PA hepi n auni hepi. Tinggal pesanan terakhir sblm aku pun jd student.... hihi cam bagus!!!
Week 2 bz dgn settlement LO utk lab, STG, kejar supplier, borang kerosakan lab, conference, rece rumah sewa kat bangi, dll. Letih kejar masa plus invigilate utk student exam. Sian diorg sem ni, ada yg sampai 1 hari 3 paper: pg, ptg dan mlm. Nak buat camana dan bpak susun camtu, hadapi jelah korang
Wk 3, pulun tander paper yg baru berakhir jumaat (13.11). 5 soalan 141 student, sengih menanda. Alhamudilah full swing 3 hari setengah habih tanda semua. Start hari Isnin kat ofis, nak harapkan tanda kat umah ujung minggu sorilah, belum habis satu soalan iklan dah banyak. Ummi.... nak susulah, Ummi adik kacaulah... Ummi laparlah dan mcm2 lagi. Plus masa tulah nak kemas rumah ujung minggu. Minggu ni jugak aku cari rmh kat Bangi. Oklah seks 7, sewa RM 700, kawalan ketat sbb aku kan duduk dgn bebeudak 2 org ni jek, mazree still kat Melaka.
Awal minggu ke4 bz dah masuk bengkel terjemahan bhs selama 2 hari. Almaklumlah awak kan nak buat tesis in BM. BI pun teruk gak. Rasa teruk noo BI aku bila dibandingkan dgn peserta lain. Maklumlah dulu sekolah melayu, pastu bhs penghantar kat tempat aku belajar cuma BM and Korean jek, manalah x teruk beb...
Anyway hepi sbb sbhg keje telah dihandover pd org lain. Hepi sbb xyah fikir pasal keje2 kat UTeM pasni. Aku nak pi belajar lepas ni. Separuh hati sbb STG progress slow plus byk benda boleh upgrade dgn robot aku tu tp dah x sempat lagi dah... Emmm skrg ni bz selesaikan seme keje sblm pi study....
Ya Allah... berkatilah perjalanan hambamu ini. Kabulkan semua permintaan hambamu yang kerdil ini. Semoga pengisian kali ini bukan sekadar mendapatkan PhD tapi bekalan akhirat jua....Amin ya rabbalalamin,

Thursday, October 29, 2009
"Allah ada kan Ummi..."
"Allah ada kan Ummi... kakak x takut, Allah ada kan?" itulah kata2 auni memohon kepastian setiap kali aku minta bantuannya utk naik kebilik atau ke ruang lain tanpa ditemani sesiapa. Dan aku pasti menjawab "Ya sayang... Allah tu sentiasa ada temankan kita, sebab Allahkan sayangkan kakak, sayang ummi, sayang abah, sayang adik dan sa....yang semua..." jawapanku memberikan keyakinan padanya. Murni, luhur sungguh jiwanya. Sejuk hati mendengarnya... cinta hatiku yg pertama. Lebih 4 tahun yg lalu auni hanyalah anak kecil yg aku dan hubby amat nantikan kehadirannya. 5 tahun setengah penantian ini barulah berakhir, pun begitu 3 bulan menjadi penghuni wad bersalin, 3 kali bleeding akhirnya lahirlah dia Nur Auni. Mudah2kan kalau terus menjadi penyejuk hati abah dan ummi, menjadi anak yg solehah, taat perintah allah, sejahtera hidup di dunia dan akhirat. Buat Nur Aufa juga sayang...
Wednesday, October 28, 2009
Semalam, hari ini dan esok
Semalam telah menjadi kenangan. Hari ini melakar sebuah kenyataan dan esok belum pasti kesudahannya. Kenangan semlm seringkali dibarisi pengalaman dan dijadikan ukuran utk meniti perjalanan seterusnya. Pengalaman byk mengajar tentang erti kehidupan... terlalu banyak. Esok... masih lagi dalam perancangan, pun begitu hanya DIA yang menentukan segalanya. Mudah-mudahan perjalanan hari ini akan diberkatiNYA dan perancangan hari esok mampu menjadikan kita insan yg lebih baik, sentiasa berada berkerkatan, keredhaan dan lindungan olehNYA... Amin
Subscribe to:
Posts (Atom)