Monday, May 21, 2012

Nilah masalahnya...

Ha... dh 2 hari aku x ke lab... Kekonon nak buat paper MNE 2012, tp stuck dgn fb, blog n bisnes... tulah masalahnya... Camana ni esok mak n ayah smp cepat...buat keje....

Sunday, May 20, 2012

Study, keje and niaga...

Lama x menulis. Terakhir besday Aufa September tahun lepas. Mei 2012, dah hamper 3 tahun aku di UKM. Keluar masuk lab entah berpuluh kali agaknya. PHD itu tanggungjawab hakikiku selepas tanggungjawabku pada ya Rabb dan isteri serta ibu pada puteri-puteriku. Mei ni agak sibuk. Awal cuti bln Mei (sempena wesak day) aku balik JB melawat mak n ayah. Lupa nak cerita kat sini pergelangan tgn mak patah bulan Mac lalu. Waktu tu tgh nak buat kenduri untuk anak saudara baru Muhammad Thaqif. Nantilah ada masa kau cerita kisah mak tergelincir di gerai mereka dan patah pergelangan tangan. Sian mak….

10-13 aku ke Guangzhou untuk ICAFBE 2012. Mulanya xde niat nak pegi tp desakan Ernir + budget dr Prof pun ada ku pun “on” ajelah. Kisah Guangzhou ada masa nanti aku cerita. Tp kat sini nak letak beberapa gambar kenangan masa kat sana. 14-22 hubby ke Brunei, monitor machine installation untuk projek PHD kayu gaharunya dgn MTDC n UiTM. Nak buat camana sama-sama beljar kenalah pas baten jaga puteri2 kesayangan kami tu. 28 tarikh tutup MNE 2012 di Touluse, France. 24-28, balik Kedah sempena kenduri shida, plus masa tu insyallah mak n ayah ikut sekali balik sana. 30 Mei – 1 Jun projek gathering family JB. Huh!!! Busy sungguh. Belajar, travel, meniaga dan tugas2 di rumah semuanya perlukan kesungguhan, kekuatan dan kegigihan. Apa-apapun hadapi ajelah kan...

Dalam pada sibuk2 ni boleh lagi buat projek jualan kids collection dgn Dik nana. Semua ni bermula bila mana dia fikir untuk memulakan karier baru. Maklumlah nak jadi RA smp bila kan. That d idea plus dia pun dah ada company n blog sendiri. Bermula dari mencari barang di Ghuangzhou dan akhirnya kami berjaya mencari pemborong serta produk dari sini. Dgn lafaz bismillah kami mulakan langkah baru…mudah2an Allah izinkan dan mudah2an ianya Berjaya…insyallah AMIN. Sudi-sudikanlah melawat dinacomelcollection.blogspot.com

Monday, May 9, 2011

AKU....

A.K.U, yg pasti hubbyku x suka aku membahasakan diri dengan istilah ini. Tp payah juga bila org selatan mcm kita dikatakan gemar menggunakan AKU sebagai istilah ganti diri. Bg mereka org Utara, istilah ini di anggap kurang santun dan agak kasar. Tp nak buat camana erk?? Bukannya menjadi kebiasaan aku, tp kadang2 isitilah ini terpacul dr mulut secara tidak sengaja. Sebenarnya bila ku amati hubbyku pun kadang2 mengunakan istilah ini bila berbual dgn adik beradiknya di utara...xpelah pulak kan... Bila ditegur dia kata xdelah pulak... xpe nanti bila dia gunakan istilah itu aku rakam...ugutku hihi

Entahlah itulah beza kami, dah jodoh utara n selatan! nak buat camana. Insyallah an cubalah perbaiki mana yg boleh ya....... apapun "Yobu nomu saranghe......"

Monday, February 28, 2011

Besday Aufa



8 Febuari, Masa besday aufa kami semua baru balik dari family trip di Cameron Higland, semua masih keletihan. Family izan, hanif n zaki dah balik jb, so... tinggal mak n ayah yg masih berada di rumah. Memang xde cadang nak ke mana2. Cuma mak toknya dah masak special utk hari ni, nasi tomato dan ayam masak merah. lupa pulak aku nak ambil gambar. Petang adik nana n family datang bawa kek dari putrajaya. Kek "Upin & Ipin" seronok bukan main aufa. Kami sambut kat rumah aje serba sederhana... tp oklah kan?? Hadiah Aufa kami postpone sementara, nantilah klu ada masa kita beli.. insyallah dlm sehari dua lagi.

Keesokan harinya kami peruntukkan sedikit masa utk beli hadiahnya di Toy'r us. Gelap mana dia x tahu nak pilih hadiah apa... at last nilah hadiahnya...






Apapun selamat hari lahir sayang..., semoga Aufa menjadi anak solehah dan cemerlang dunia dan akhirat. Ummi, abah, kakak dan semua orang sayang sgt kat adik tau!!!

Tuesday, February 22, 2011

saman tembak dan cara hidup rakyat kita

Saman tembak atau lebih dikenali dengan speed trap bukanlah perkara baru di Malaysia. Baru-baru ni kerajaan mewartakan di media massa kompaun akan dinaikan sehingga RM400 untuk satu saman sekiranya lambat bayar. Kadang2 aku terfikir kenapa perlu naikkan, yang dah ada pun kadang2 orang ramai x boleh nak settlekan lagi??? Apakah kerajaan Malaysia sekarang ni kurang duit sebab tu kena kutip labih banyak lagi duit rakyat??? X pun budget negara asyik lari untuk budget piliharaya kecil di Kerdau, Merlimau atau pun Sabah dan Sarawak. Memang bisa dan sinis bunyinya tapi itulah hakikat kita sebagai rakyat Malaysia yang selalu di katakan telah banyak mendapat subsidi kerajaan.

Aku terfikir cara hidup sekarang ni. Kebanyakan rakyat terlebih sekali orang melayu yang menetap di selangor dan lembah kelang hidup masih pada paras cukup-cukup jek. Cukup makan, cukup pakai, bolehlah nak makan itu ni lebih2 xdelah. Kalau nak beli rumah yang murah sikit kena jauh dari tempat keje contohnya keje kat Shah Alam, duduk kat Semenyih atau Rawang. Takpun keje kat KL, rumah kat nilai atau seremban. Kalau nak diikutkan berulang alik ke tempat kerja setiap hati jek tol n minyak dah berapa? Tu belum lagi tetiba kena saman tembak yang entah kat mana2 jek....

Saman tembak memang perkara biasa. Tapi cuba kita letakkan diri kita dalam cara hidup mereka yang selalu berulang alik dari suatu destinasi ke destinasi yang agak jauh. Samada kedudukan tempat tinggal dan tempat kerja yang jauh ataupun mereka yang menjadi pasangan weekend family. Imaginelah badan dah penat buat keje, tentulah kalau boleh kita selalu nak cepat sampai, cepat jumpa familu. Nak elak trafik jem ikutlah lebuhraya bertol... mana kena bayar tol lagi??? Masih nak cepat tekan minyak lebih sikit dengan niat supaya kereta laju, cepat sampai n cepat dapat berehat tapi... selang sebulan dua surat cinta dari pdrm sampai... geram! geram!.... Entahlah Malaysiaku tercinta bilalah ini semua akan berakhir dan nasib rakyat sendiri akan terbela.

Selalunya mereka yang kena saman ni adalah mereka yang selalu drive unutk long distance. Teringat aku masa dok kat Newcastle, UK dulu, driving dari Newcastle sampai Southampton, jgnkan kata saman... tol pun xde, minyak pun 0.95p/ liter. Ada sekali tu member aku pi New Zealand, kena saman sbb bawa kereta di bawah had laju 120km/jm. Kat singapura pun sama kat expressway diaorang kena speed melebihi 120km/jam tapi kat Malaysia drive kat lebuhraya lebih 110km/jam pulak kena saman!!! Nak suruh orang drive kete 100km/jam dari selatan ke utara ke??? Tu yang ngantuk tu....kemalangan pun meningkat. Bawa laju sikit kena saman... hai entahlah.

Teringat aku kata-kata dari seorang prof dari salah sebuah universiti tempatan dulu... "Kalau dah buat undang-undang memandu di lebuhraya kita tidak boleh melebih 120km/jam buat apa jual kereta mahal2 dan speed meter sampai 220km/jam. Lebih baik buat satu undang-undang kat Malaysia ni setiap kereta yang hendak dijual di Malaysia speed meterlah hanya sehingga 110km/jam sahaja so... engkau tekanlah minyak camanapun kereta tu boleh pegi sampai 110km/jam jek... fikir-fikirkanlah...

Wednesday, February 16, 2011

Deposit dan TTPM

Tribunal Tuntutan Pengguna M'sia, namanya pun sahaja dah memihak pd pengguna. 25 Januari yang lepas aku n hubby ke TTPM di Shah Alam lwn kes dengan Watan Motor Sdn. Bhd. Tujuan kes satu jek... nak dapatkan balik duit deposit pembelian kereta AP kami yang kami batalkan Jun 2010 lepas. Mungkin bagi setengah orang tuntutan kami tu sikit jek... tp bg aku n hubby duit tuntutan tu boleh bayar estima untuk 2 bln beb! Plus moga peniaga kereta (specilally chinese ni) x senang2 jek nak perbodohkan pembeli macam kami ni. Klu sorang 5k, x 10 org yg CANCELKAN pembelian.... sykt kete buta2 jekleh dapat 50K banyak cantik!!!

Dipendekkan cerita, on that day, kami smp dlm kol 9pg di SA. Biasanya pagi2 memang byk urusan, siapkan anak pi sekolah, hantar anak dsb so nak cepat2 pun smp dlm kol 9pg gak. Memandangkan aku n hubby x bersarapan + wakil penentang dari Watan baru nk mengisi borang tuntutan, kami makan kat gerai depan Plaza Masallam. Setelah kes pertama selesai br kami masuk, ikut turutan kami kes ke 5. Oklah memang kami dh budget pun urusan ni akan tamat sblm tengahari. Hubby pun ambil cuti hari ni.

Sebahagian dari kes adalah tuntuan deposit pembeli terhadap pihak bank sebanyak RM8000++lah, dlm kes ni presiden/hakim TTPM menyatakan bahawa bank tiada clause bahawa deposit pembeli tidak boleh dipulangkan. Bank cuba pertahankan, tp hakim kata clause yg ada dlm perjanjian bank very cluody, menggunakan bhs inggeris yg banyak sehingga mengelirukan pembeli. Kes ditunda 7 hari sehingga bank dpt membuktikan bhw clause deposit pembeli itu boleh diambil dapat dibuktikan. Dari situ tu aje aku n hubby dah senyum.... ada chan kami menang ni!!! Satu lagi kes info baru untuk kami adalah tuntutan seorang OKU terhadap alat ganti dr nissan service. Baru aku tahu... kenapa kete aku masih berbunyi selepas accident pada 2006 walaupun claim nissan pada pihak insurans mencecah RM16K. Kalau aku tahu pasal TTPM ni mesti aku leh dpt balik claim kete aku tu, x pun nissan sentra aku xdelah berbunyi mcm org patah tengkuk setiap kali belok hingga sekarang ni. Sabar ajelah... Asyik jd pengulas kes... aku n hubby siap kena sign warnign tolong senyap dari SU hakim..hihi

Sampai turn kami, hubby aku minta peluang dr hakim agar kami menjelaskan kronologi kes terlebih dahulu sblm penentang buka mulut. Then, hakim bg peluang penentang kemukan hujah, dia confident jek leh menang kan... Hakim tanya dia lagi, ada apa2 u nak cakap lagi? Pihak penentnag mengeleng. So hakim tanya senang jek "apasal u ambil duit org x mahu pulang??? berulang-ulang... itu duit orang, brg xde dapat kan??... Setelah diam seketika..., hakim bersuara dengan kuasa yang ada pada saya memerintah pihak Watan Motor Sdn Bhd membayar sebanyak RMXXXX kepada pihak penuntut dalam tempoh 14 hari atau waran tangkap akan dikeluarkan selepas itu sekiranya terdapat aduan tuntutan ini tidak dibayar. Sila tunggu untuk ambil award di kaunter.... Alhamdulilah kami menang kes ni... lepas duit estima 2 bln... Alhamdulilah... tulah pihak penentang hari tu bukan main cakap besar lg...

Moral of the story utk orang diluar sana, TTPM ni memang byk memihak kepada pengguna. So klu setakat korang bayar deposit untuk beli rumah, kete atau apa saja selagi tiada hitam putih dalam perjanjian duit itu boleh "burn", korang masih layak untuk dapatkan duit tu... Bank yg ada kontrak boleh kalah inikan pula peniaga biasa yang x pernah ada kontrak jual beli... So pada mana2 pengguna yg rasa dianayai atau teranaya tu boleh mencuba nasib di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia. Insyallah.... x sia2 sku n hubby bercuti n buang masa 2x pi SA ni. Tuntutan kami berjaya... alhamdulilah syukur dpt duit terpijak... Permulaan 2011 yg baik buat kami insyallah... moga terus baik dan cemerlang sepanjang tahun ini....Amin

Tuesday, December 28, 2010

Flash back 2010

Hari genap setahun aku di UKM. Entah apalah yg aku dah pelajari hampir setahun aku pun x pasti... Progress terlalu lambat, masih bermain dgn software... plan nak masuk lab by Januari 2011 + hantar paper utk ICMAT, ntahlah.... byknya yg aku masih x tahu.

Flash back sepanjang tahun ni...Januari 2010... perjalanan baru bermula, setelah puas memujuk hati menerima takdirnya di sini.
Febuari...kepergian antara insan terpenting dalam hidup kami...ibu mertuaku kembali kerahmatullah, setelah 14 hari berada dalam keadaan koma di High Dependency Unit Hospital Sultanah Bahiyah akibat pembuluh darah yang pecah di otak. Bulan ini kami sibuk berulang alik dari Bangi ke Alor Setar. Antara hikmah paling besar mengapa pengajianku ditetapkan di sini. Dugaan datan bertimpa bila satu dari dua kenderann yg ada rosak...
Mac-April... mencari kekuatan mempertahankan proposal. Masa ni jam 3 ptg jek... dah rasa letih giler sbb asyik dok membaca dari pagi.
Mei confirm tajuk, baru figure2 untuk langkah seterusnya.
Jun-Julai berkenalan dgn software.. coventor, comsol...intellisuite. Pening kepala bila kena belajar sendiri! motivasi pun turun naik sbb kadang2 license prob... dan beberapa komitmen lain.
Musim puasa dan raya... lagi parah... mood study menurun deras... puas cuba cari kekuatan. November 2010... first conference, first paper... plus simulation dan kumpul data... tapi bila compare2 data dgn paper lain on early Disember byk sgt beza... arghhh... tensionnya!!! Camana ni geram!!! tapi perjuangan perlu diteruskan....

Wednesday, December 1, 2010

Progress...

Pejam celik, pejam celik dah setahun rupanya aku belajar. Dlm seronok cuti dari bekerja. kepala ni serabut dgn progress research sekarang ni. Setakat ni aku br ada satu paper, ms present kat MSTC hari tu. Dgr mrk kata saper present kat situ dpt masuk jurnal tp entahlah smp sekarang senyap jek. Masa conference hari tu pun so long jek... macam x sesuai jek conference tu untuk aku dan rakan2 lab yg lain. Yelah w/pun ia conference kerjasama dr MOSTI dan Akademi Sains Malaysia tp perjalanan urusan masa registration cam celaru jek. Ms aku register sesapa jek boleh reg tanpa perlu menunjukkan bukti pembayaran. Kelakarlah diaorg ni. Nak kata diorg xde experience, semua punya nama besar.

Hari ni badan rasa makin weak, nampaknya deman makin berlarutan. Deman sejak isnin, mmg aku dah ambik ubat kat pusat kesihatan tp smp hari ni x kebah lg. Mungkin sbb kurang rehat kot. Yelah w/pun dalam keadaan demam aku pi gak lab buat simulation. takut sgt plan nak masuk clean room ni on januari ni... akan tertangguh. Settle simulation cadang nak buat mask. litho dan beberapa proses lain. Mudah-mudahan Allah permudahkan tp ni... demam lah pulak. Jam dah 9.50 mlm tp hubby x smp lg, biasalah dia mmg selalu lewat smp. Anak2 sibuk mewarna selepas letih bermain.

Td ko 11 pg jumpa Dr Jumril (2nd spv) tanya pasal simulation yg aku buat. Yelah bila aku kira2 cam aku ada buat silap jek... Dia minta aku cari dan refer pada beberapa paper lain. Cuma simulate data mrk then compare...mata ngantuk mungkin sbb aku mkn ubat. Then pasal intellisuite installation, CD dah ada pada aku tp tarikh computer kena backdated sbb license dah tamat itu pesan dia. Since aku terasa deman makin melarat aku ambik keputusan utk terus balik ke rumah. KIV dulu apa yg aku discuss dgn Dr Jumril

Aku betul2 x larat, memandu pulang ke rumah pun dalam keadaan sgt mengantuk. Alhamdulilah smp rumah dengan selamat siap sempat singgah mercu optometri lagi utk ambik lens dan 99 mart utk beli cheese slice. Sejak semlm terasa nk mkn roti dgn cheese. Biasalah waktu deman2 ni rotilah yg aku selera mkn. Anak lebih suka mkn roti dgn planta n kaya jek... Smp kat umah mkn ubat batuk then tido. Sebenarnya malas nak minum ubat batuk ni sbb kesannya heavy sgt, Tp since aku asyik batuk, tekak gatal n dada terasa perit, aku ambik keputusan minum juga ubat tu. Lepas dua jam terlelap aku bangun utk solat zohor tp kepala ni mmg weng aje... tido lg smp 5 ptg. Still ngantuk tp paksakan diri utk bangun, masak n ambik anak... Mlm, lepas ajar mrk ngaji ngadap komp. Tulah diary aku hari ni.

Esok aku and family akan ke Legend Water Chalet PD. Plan memang dah lama. Tapi aku demamlah pulak. Anak2 dah seronok aje nak pegi x sabar2 asyik tanya aje bila nak pegi. Letihlah... apa pun tido dululah esok leh bangun awal, lipat baju, packing beg nak ke PD. Aku cadang nak pi ukm jap, cari bahan yg Dr Jumril suruh tu, tengoklah camana. Apap2pun rehat dulu dah penat ngadap komputer ni.

Saturday, November 27, 2010

H.A.M.P.A

Kecewa, gembira, sedih, bahagia adalah lumrah kehidupan. Sudah menjadi fitrah setiap insan akan melalui dan merasainya...
HAMPA, 5 huruf dlm satu perkataan, punya makna yg besar, dari sudut aura peribadi ia adalah suatu sifat yang peribadi yang negatif. Dari segi fizikal ia boleh membuat seseorang tu merasa tertekan dan yang paling teruk boleh menyebabkan seseorang membuat perkara diluar dugaan. Sebagai seorang muslimin perkara yang tidak diingini perlulah dielakkan dan dijauhi. muhasabah diri, terima qada dan qadar Allah, redha dengan setiap yang berlaku. Semunya macam mudah tapi untuk melaksanakannya adalah untuk orang-orang yang sabar. Sabar menerima ketentuan ALLAH, jgn mudah kecewa dan hampa dengan setiap yang berlaku.
Aku sendiri kadang-kadang merasa kecewa dan hampa dgn apa yag terjadi tapi apa boleh buat semuanya kehendak Allah... redhakan ajelah pasti ada hikmah disebaliknya nanti,

Tuesday, October 19, 2010

Dah lama....

Dah lama x menulis kat sini, sibuk sikit plus lupa pswd utk log in ke blog sendiri so camana nak update. Since sibuk dgn keje2 study, semuanya aku tangguhkan sementara... Hari ni setelah 6 bln berlalu sedikit idea dtg utk menulis.



Biasalah bila dah lama bercuti semua celaru. Aku confirm tajuk pd akhir Mei, then bln Jun hingga awal Sep sibuk familiarkan diri dgn software & tutorial yg nak digunakan. Byk sangat masalah, license... comp hang, stuck..., cuti raya, seminar, submit paper, mcm2... sesekali balik ke fundamental. Gitulah resam belajar...

Monday, April 19, 2010

Hikmah...

Setiap sesuatu yg berlaku ada hikmahnya. Kekecewaan aku suatu ketika dulu kini mula menyerlahkan hikmahnya satu persatu. Benarlah kalam Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 216 : "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui..."

Alhamdulilah, setakat ini aku dapat penyelia yang banyak membantu. Teman-teman "pool" yang sama... Bila kalut dan buntu minta saje bantuan mereka insyallah setakat ini bantuannya tidak pernah mengecewakan...

Febuari... aku kehilangan antara insan yang sangat beerti dalam hidup setiap anak. Al fatihah buat Ibu mertuaku pergi buat selamanya menyahut seruan ilahi. Itulah antara hikmah terbesar yang aku tempuhi dalam meniti perjalanan PhD ini.....

Hari ini anak2 kena demam campak berair.... terpaksa ku tangguhkan niat untuk ke kampus. Entah apa lagi selepas ini, moga diri ini terus tabah melalui semua ini demi sebuah pencarian secebis ilmu Allah yang insyallah perlu aku manfaat untuk semua selepas tamat nanti. Moga perjalanan ini dipermudahkan, diredhai dan mendapat limpahan kasih Allah hendaknya.... Amin

Tuesday, January 12, 2010

Januari....kenangan lalu dan harapan baru

Januari, bermulanya sebuah perjalanan. Mcm kata laila (uitm-jumpa ms RoVisP '09), PhD ni sebenarnya "perjalanan harungi dugaan". Entahlah aku pun x pasti. Sepatah kata kawan aku kat MFI dulu, buat PhD serupalah mcm ko meletakkan batu besar atas kepala ko, samada ko sanggup ataupun tidak.

As for me aku seronok bila dapat cuti belajar (CB) ni, YEpi!!! seronoknya dpt CB sbb CB ni atas inisiatidf sendiri manage masa. Enthusiasm & spirit tgh mengunung ni... So x payah tertekan dgn keje yg punya date lain yg x henti2 tu. Celaru betul aku ms keje hari tu, mgmt kena buat, tugas hakiki kena buat, research lagi, date line ntah apa2. Arghh... semua dah berlalu, yg pasti thn ni aku buka lembaran baru. Thn lepas aku dah cuba perbaiki kelemahan yg dicatatkan oleh "mrk2" di sana. Entahlah bg aku, aku dah cuba yg terbaik tp terpulanglah pd "mrk2" utk menilainya. Apun aku cuba melepaskan & membuat penyerahan tugas seperti yg sepatutnya tp kalau "mrk2" merasakan aku masih x mencapai KPI "mrk" terpulang, sekurang2nya aku bukanlah penyebab KPI mrk2 thn lepas x tercapai kan???

Januari dah pun melangkaui disember yg sibuk, conference, pindah rumah, kemas rumah ntahlah. Paling sian hubby aku, dgn tugas hakiki di tempat keje, angkat brg pindah ke-2 rumah (krubong n Bangi) pastu tolong kemas rumah kat bangi, ulang-alik Bangi Melaka, nak tengok mak mertua aku yg sakit di Alor Setar. Sian Abg!! Anyway tima kasih sayang.... Semoga abg mampu menjadi suami, abah, pekerja dan anak yg baik insyallah. Tuhan itu Maha Mengetahui. DIA lebih mengetahui setiap tindakan kita. Doa dan usaha saje yang terbaik kerna DIA maha ADIL dan BIJAKSANA.

Perjalanan ini baru bermula... dgn niat yg tlh kupsg sewaktu mula menjejakkan kaki di sini, diringi doa yg x pernah kunjung padam, semangat juang yg mengunung yg kukumpul dari insan sekeliling, keluarga dan rakan2 semoga perjalanan ini dipermudahkan utk mencipta gemilang ms depan... insyallah. Amin

Tuesday, November 24, 2009

November yang sibuk....

Lama gak tak menulis dalam blog ni. Almaklumlah baru cuba2 menulis. Bz dgn keje2 di fakulti. Awal minggu Nov (2-7) bz dgn dgn bengkel LI dgn studnet yg nak pi LI. Pening palo den +- 20 org student BENC x dpt tempat plus bz dgn perjumpaan std PA. Mkn2 (nasi ayam jek) + besday auni, buat kak BK9 jek.... saje bagi bebudak PA hepi n auni hepi. Tinggal pesanan terakhir sblm aku pun jd student.... hihi cam bagus!!!

Week 2 bz dgn settlement LO utk lab, STG, kejar supplier, borang kerosakan lab, conference, rece rumah sewa kat bangi, dll. Letih kejar masa plus invigilate utk student exam. Sian diorg sem ni, ada yg sampai 1 hari 3 paper: pg, ptg dan mlm. Nak buat camana dan bpak susun camtu, hadapi jelah korang

Wk 3, pulun tander paper yg baru berakhir jumaat (13.11). 5 soalan 141 student, sengih menanda. Alhamudilah full swing 3 hari setengah habih tanda semua. Start hari Isnin kat ofis, nak harapkan tanda kat umah ujung minggu sorilah, belum habis satu soalan iklan dah banyak. Ummi.... nak susulah, Ummi adik kacaulah... Ummi laparlah dan mcm2 lagi. Plus masa tulah nak kemas rumah ujung minggu. Minggu ni jugak aku cari rmh kat Bangi. Oklah seks 7, sewa RM 700, kawalan ketat sbb aku kan duduk dgn bebeudak 2 org ni jek, mazree still kat Melaka.

Awal minggu ke4 bz dah masuk bengkel terjemahan bhs selama 2 hari. Almaklumlah awak kan nak buat tesis in BM. BI pun teruk gak. Rasa teruk noo BI aku bila dibandingkan dgn peserta lain. Maklumlah dulu sekolah melayu, pastu bhs penghantar kat tempat aku belajar cuma BM and Korean jek, manalah x teruk beb...

Anyway hepi sbb sbhg keje telah dihandover pd org lain. Hepi sbb xyah fikir pasal keje2 kat UTeM pasni. Aku nak pi belajar lepas ni. Separuh hati sbb STG progress slow plus byk benda boleh upgrade dgn robot aku tu tp dah x sempat lagi dah... Emmm skrg ni bz selesaikan seme keje sblm pi study....

Ya Allah... berkatilah perjalanan hambamu ini. Kabulkan semua permintaan hambamu yang kerdil ini. Semoga pengisian kali ini bukan sekadar mendapatkan PhD tapi bekalan akhirat jua....Amin ya rabbalalamin,

Thursday, October 29, 2009

"Allah ada kan Ummi..."

"Allah ada kan Ummi... kakak x takut, Allah ada kan?" itulah kata2 auni memohon kepastian setiap kali aku minta bantuannya utk naik kebilik atau ke ruang lain tanpa ditemani sesiapa. Dan aku pasti menjawab "Ya sayang... Allah tu sentiasa ada temankan kita, sebab Allahkan sayangkan kakak, sayang ummi, sayang abah, sayang adik dan sa....yang semua..." jawapanku memberikan keyakinan padanya. Murni, luhur sungguh jiwanya. Sejuk hati mendengarnya... cinta hatiku yg pertama. Lebih 4 tahun yg lalu auni hanyalah anak kecil yg aku dan hubby amat nantikan kehadirannya. 5 tahun setengah penantian ini barulah berakhir, pun begitu 3 bulan menjadi penghuni wad bersalin, 3 kali bleeding akhirnya lahirlah dia Nur Auni. Mudah2kan kalau terus menjadi penyejuk hati abah dan ummi, menjadi anak yg solehah, taat perintah allah, sejahtera hidup di dunia dan akhirat. Buat Nur Aufa juga sayang...

Wednesday, October 28, 2009

Semalam, hari ini dan esok

Semalam telah menjadi kenangan. Hari ini melakar sebuah kenyataan dan esok belum pasti kesudahannya. Kenangan semlm seringkali dibarisi pengalaman dan dijadikan ukuran utk meniti perjalanan seterusnya. Pengalaman byk mengajar tentang erti kehidupan... terlalu banyak. Esok... masih lagi dalam perancangan, pun begitu hanya DIA yang menentukan segalanya. Mudah-mudahan perjalanan hari ini akan diberkatiNYA dan perancangan hari esok mampu menjadikan kita insan yg lebih baik, sentiasa berada berkerkatan, keredhaan dan lindungan olehNYA... Amin